Saturday, May 22, 2010
Sayangilah Kawan Anda
Friday, May 21, 2010
11 Things In Life
that person know how you feel.
2. A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to
you, to find out in the end that it was never meant to be and you
just have to let go.
3. The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing
with, never say a word, and then walk away feeling like it was the
best conversation you've ever had.
4. It's true that we don't know what we've got until we lose it, but
it's also true that we don't know what we've been missing until it
arrives.
5. It takes only a minute to get a crush on someone,an hour to like
someone, and a day to love someone but it takes a lifetime to forget
someone.
6. Don't go for looks; they can deceive. Don't go for wealth; even
that fades away. Go for someone who makes you smile because it takes
only a smile to make a dark day seem bright.
7. Dream what you want to dream; go where you want to go; be what you
want to be, because you have only one life and one chance to do all
the things you want to do.
8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.
9. A careless word may kindle strife; a cruel word may wreck a life;
a timely word may level stress; a loving word may heal and bless.
10. The happiest of people don't necessarily have the best of
everything they just make the most of everything that comes along
their way.
11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with a tear.
When you were born, you were crying and everyone around you was
smiling.
everyone around you is crying.
Tuesday, May 18, 2010
Kerang Bakar!!
TANAMAN TEKNOLOGI TINGGI
Monday, May 17, 2010
BERSAHABAT BERERTI BERCINTA
Benar atau tidak bercinta itu bersahabat? Atau bersahabat itu bercinta? Kadang-kadang pening kepala jugak bila difikirkan. Ada orang kata bercinta dan bersahabat tidak sama. Mungkin benar, mengikut pemerhatian saya bercinta dan bersahabat ini adalah dua elemen berbeza tetapi boleh menjadi satu pertalian yang kuat kedua-duanya.
Dalam bersahabat adanya cinta, dalam cinta juga adanya persahabatan. Inilah yang sebaik-baikya. Sudah menjadi fitrah setiap sesuatu perkara yang baik pasti ada perkara sebaliknya yang mengekori. Ada yang halal, maka akan ada yang haram. Ada yang gembira, akan ada ketikanya duka. Ada yang dicintai, dan ada yang dibenci. Ada pertemuan, maka akan ada perpisahan.
Begitu halnya dalam bersahabat. Ada waktunya kita gembira dan ada waktunya kita bersedih. Ada waktunya kita mencintai dan ada waktunya kita menjauhi. Dan dalam kebersamaan itu akan hilang rasa khuatir dan takut. Musnah rasa gelisah dan resah jika kebersamaan dan persahabatan itu ditaut dengan iman dan taqwa.
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara kedua saudaramu. Bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)
Teringat saya akan kenangan semasa di sekolah dahulu. Dalam bersahabat bukan setiap masa kita gembira. Ada kalanya juga kita bertengkar. Apa yang penting setiap pertengkaran itu membuatkan kita lebih memahami satu sama lain. Lebih menghormati hak-hak masing-masing.
Bersahabat Itu Ertinya Bersatu
Teringat kata-kata Ustaz Khazri semasa saya bersekolah dahulu, “Sahabat paling rapat dengan kamu adalah sahabat yang tidak kisah soal duit. Andai kata sahabatnya kesusahan dalam soal duit, terus dihulur dompetnya kepada sahabatnya.”
Begitu katanya tentang sahabat. Ustaz Khazri Osman yang saya kenal memang bukan seorang yang lokek. Andai kata ada pelajar di asrama mempunyai masalah, dia akan cuba membantu sebolehnya. Meskipun masalah kewangan.
Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Perumpamaan orang-orang yang beriman yang saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi, dan bantu-membantu di antara satu sama lain umpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota terasa sakit, seluruh jasad akan berasa sakit.”
Saat Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka berhenti bermalam di Gua Tsur. Abu Bakar meminta nabi tunggu sebentar di luar. Abu Bakar tahu Gua Tsur banyak dihuni oleh binatang-binatang berbisa. Abu Bakar membersihkan ruang gua tersebut dan mencarikkan kain bajunya untuk menutup beberapa lubang kecil.
Selepas dipersilakan masuk oleh Abu Bakar, Nabi Muhammad s.a.w masuk dan membaringkan tubuhnya di atas tanah dengan kepalanya berbantalkan paha Abu Bakar. Tidak lama kemudian, Nabi Muhammad s.a.w tertidur.
Tiba-tiba keluar seekor ular dari lubang yang tidak ditutupi kain. Terus, Abu Bakar menutup lubang itu dengan kakinya. Lantas ular tersebut pun menggigit kaki Abu Bakar. Beliau tidak mahu menggerakkan pehanya kerana tidak mahu tidur Nabi Muhammad terganggu.
Beliau merasakan kesakitan yang amat tetapi tetap tidak berteriak, tidak mengaduh dan tidak menggerakkan kakinya. Abu Bakar menahan kesakitan sehingga tubuhnya lemah dan akhirnya beliau menangis. Titisan air matanya jatuh ke muka Rasulullah sehingga Baginda terbangun.
Inilah pengorbanan seorang sahabat yang sejati. Yang rasa cinta kepada sahabatnya begitu tinggi. Lebih daripada rasa cinta kepada dirinya sendiri.
Bersahabat Perlu Sentiasa Bersedia
Walau kadang-kadang timbul persoalan di hati saat sesuatu tidak berjalan sebagaimana yang dikehendaki. Walau kadang ada rasa tidak puas saat tidak mendapat apa yang diharapkan. Tapi, bersahabat tetap memberikan kita sesuatu yang penting iaitu tentang kehidupan.
Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan.
Kita perlu sentiasa bersedia. Bersedia untuk berpisah. Itu fitrahnya. Soalnya cuma tinggal bila, mengapa dan bagaima