Perfume De Qestina Tanpa ALkohol

Monday, June 7, 2010

Pentingnya Budaya Membaca Di Kalangan Anak-Anak

Ketrampilan membaca itu penting. Di samping itu dapat meningkatkan minat anak-anak dalm membuka arena baru dalam dunia mereka. Membaca itu jambatan ilmu.Ia merupakan satu keperluan dalam hidup untuk kita peroleh pengetahuan. Cuba lihat gambar di bawah, kalau la anak-anak kita sebegini,alangkah beruntungnya kita. tidak kira di mana jua, atas lantai pun boleh membaca=)







Alangkah bagusnya kalau budaya membaca ini diterap dan diamalkan di rumah.

Fakta menyatakan "Hal terpenting yang dapat dilakukan orang tua ialah berbicara dan membaca untuk anak-anak mereka." Anak-anak akan dipupuk secara tidak sedar apabila apa yang dilakukan oleh ibu dan bapa di rumah. Sebab itulah orang kata "Bapa borek, Anak rintik". Memang tidak dapat dinafikan betapa pentingnya peranan ibu dan bapa dalam usaha untuk memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak.

Tahukah anda bahawa pentingnya budaya membaca? Mungkin ada yang sedar ada juga yang sambil lewa dengan isu ini. Kepada siapa yang sepatutnya dipersalahkan kalau muda-mudi kita sekarang ini hendak membaca pun malas. Usahkan membaca, pegang buku pun berat bagi mereka. Sedarlah wahai muda-mudi di luar sana.





No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails